RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
Kelas : Prasekolah Anggerik
Murid : 5 tahun
Bilangan murid : 14 orang
Tarikh : 12 Julai 2010
Masa : 8.00 am – 8.30 am
Tunjang utama : Kerohanian, Sikap dan Nilai – Pendidikan Islam
Standard kandungan : P1 1.2 Mengetahui rukun iman pertama : Beriman kepada Allah
Standard pembelajaran : P! 1.2.1 Menyebut sifat wajib Allah
(b) Melihat
Tunjang lain yang disepadukan : Fizikal dan Estetika, Bahasa Malaysia
Obejktif : 1) Murid dapat menyatakan dengan jelas rukun iman yang pertama.
2) Murid dapat menyebut dan menjelaskan dengan baik salah satu sifat wajib bagi Allah iaitu Allah Maha Melihat dengan bimbingan guru.
Pengetahuan sedia ada murid : 1) Murid mengetahui Rukun Iman
Konsep utama : Yakin dengan salah satu sifat Allah iaitu Allah Maha Melihat
Kosa kata : Allah, Maha Melihat
Alatan : Video, radio
Langkah pengajaran :
Masa / Langkah | Isi pelajaran | Aktiviti | Catatan/alatan |
Set induksi ( 2 minit) | Guru : Apakah cerita yang murid-murid lihat sebentar tadi Murid :Video sifat-sifat Allah | -Guru mengingatkan semula pembelajaran sebelum ini murid-murid berkaitan Rukun Iman. -Guru menunjukkan video ‘ Sifat-sifat Allah’ - Guru bercerita dengan murid-murid berkaitan sifat Allah yang Maha Mendengar | Alatan Bantu Mengajar - Video ‘ Sifat-sifat Allah’ |
Langkah 1 (10 minit) | Contoh : Guru : (nada kuat) Dia budak baik. Adakah murid-murid dengar suara guru. Murid-murid : Dengar Guru : (nada perlahan) Dia budak baik. Adakah murid-murid dengar suara guru. Murid-murid : Tidak dengar Guru : Adakah murid-murid dengar bunyi detik jam? Murid : Dengar/tidak dengar | - Guru bercakap dengan murid-murid menggunakan nada suara yang berbeza iaitu kuat, sederhana dan perlahan.Guru bersoal jawab dengan murid nada suara yang digunakan. - Guru meminta murid senyap dan mendengar detik jam dalam dua keadaan iaitu bising dan senyap. Guru bersoal jawab dengan murid. | |
Langkah 2 (10 minit) | Kumpulan : Kumpulan 1 : bercakap seperti biasa Kumpulan 2 : Berbisik Contoh : i) Semut ii) Cicak iii) Ikan iv) Belalang v) Kura-kura - Guru memberi tempoh masa selama 7 minit untuk murid membuat analisis | - Guru memecahkan murid kepada enam kumpulan. - Dua kumpulan terdiri daripada tiga orang murid dan emapt kumpulan terdiri daripada dua orang murid. - Guru memilih kumpulan bertiga untuk berada di hadapan kelas. - Guru meminta empat kumpulan yang lain untuk mencari binatang di sekeliling dan cuba mendengar apa yang dikatakan oleh binatang-binatang tersebut. | Penerapan nilai ; 1) Nilai bekerjasama Tunjang lain ; Fizikal dan estetika - Penggunaan ruang |
Langkah 3 ( 6 minit ) | Guru : Ceritakan apa yang telah didengar oleh murid-murid. | - Guru meminta murid-murid menyatakan apa yang telah didengar oleh setiap pasangan. - Guru menjelaskan sifat Allah yang maha mendengar. - Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid | |
Penutup ( 2minit) | 1) Jangan bercakap bohong. 2) Jangan suka menipu | Guru menjelaskan sifat Allah Yang Maha Mendengar. Guru menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid | |