ILMU PENYULUH JALAN


Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T halaman blog bagi mata pelajaran "Perkembangan Kerohanian dan Moral Kanak-kanak Prasekolah" telah dibina dengan jayanya.

Halaman blog ini dibina bertujuan bagi memudahkan proses pembelajaran untuk guru-guru pelatih yang menjalani latihan di Institut Pendidikan Guru secara umumnya dan khususnya kepada guru pelatih yang mengambil mata pelajaran Perkembangan Kerohanian dan Moral Kanak-kanak Prasekolah.

Selain itu, halaman blog ini juga dibina bagi membicarakan mengenai konsep kerohanian dan moral mengikut pandangan islam dan agama-agama lain, teori perkembangan moral, mengenal pasti kurikulum pendidikan islam dan moral, pengurusan kurikulum dan aktiviti perkembanagn kerohanian dan moral serta pusat pembelajarannya".

Insya-Allah, dengan izin Allah S.W.T, kami guru pelatih dalam kursus PISMP Prasekolah 2 ambilan Januari 2009 di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu berharap segala maklumat yang kami kongsikan bersama dapat membantu sahabat-sahabat yang di luar sana. Mudah-mudahan halaman blog ini boleh dijadikan sumber rujukan kita bersama.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T, dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan dari pihak kami sendiri.

Wallahu'alam, wassalam.
0 Responses

Post a Comment