ILMU PENYULUH JALAN

PANDANGAN MENURUT AGAMA:
KRISTIAN

Ø Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia.

Ø Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam perjanjian baru.

Ø Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Abrani dengan agama Yahudi, dan kerana sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham.

Ø Penganut Kristian atau Nasrani, mengikuti ajaran Yesus Kristus(Yehoshua יהושע dalam bahasa ibrani). Yesus dikenali juga dengan panggilan ‘ AlMasih’.

Ø Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan, dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:

  1. Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan lebih dari 1 bilion penganut yang telah dibaptis)
  2. Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),
  3. Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Angklinimisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)
  4. Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura).
  5. 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Rah Kudus yang membentuk satu Tuhan.
  6. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.

APAKAH YANG DIPERCAYAI OLEH AGAMA KRISTIAN

Korintus 15:1-4 berkata, “Saudara-saudaraku, sekarang aku hendak mengingatkan kamu tentang Berita Baik yang aku khabarkan dahulu. Kamu menerimanya, dan kepercayaan kamu kepada Kristus berdasarkan Berita Baik itu. Itulah Berita Baik, perkhabaran yang aku beritakan kepada kamu. Berita baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang kepadanya dengan teguh. Tetapi jika kamu tidak berpegang kepadanya dengan teguh, maka kepercayaan kamu sia-sia. Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab. Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula.”

ü Kristian percaya bahawa Kitab Injil diturunkan oleh Tuhan dan merupakan Firman Tuhan yang tiada kesalahan serta ajarannya adalah muktamad (2 Timotius 3:16, 2 Petrus 1:20-21).

ü Kristian percaya bahawa hanya terdapat satu Tuhan dalam bentuk tiga orang, iaitu Bapa, Anak (Yesus Kristus) dan Roh Kudus.

ü Kristian percaya bahawa manusia dicipta untuk menjalin hubungan dengan Tuhan, tetapi dosa telah memisahkan manusia daripada Tuhan (Roma 5:12, 3:23).

ü Agama Kristian mengajar bahawa Yesus Kristus datang ke bumi sebagai Tuhan yang benar dan juga manusia yang benar (Filipi 2:6-11), dan mati di atas salib.

ü Kristian percaya selepas Dia mati, Dia dikebumikan, bangkit semula, dan sekarang berada di sebelah kanan Tuhan Bapa untuk membuat rayuan bagi pihak mereka yang percaya kepadanya (Ibrani 7:25).

ü Agama Kristian mengatakan bahawa kematian Yesus di atas salib cukup untuk membayar denda dosa semua manusia dan pengorbanan ini memulihkan hubungan yang terputus antara Tuhan dan manusia (Ibrani 9:11-14, 10:10, Roma 6:23, 5:8).

PRINSIP DAN AJARAN DALAM AGAMA KRISTIAN

Empat prinsip utama dalam ajaran agama Kristian.

  1. Terdapat satu tuhan yang mencipta seluruh alam.
  2. Berpegang pada konsep triniti iaitu Tuhan Bapa,Tuhan Anak dan Tuhan Holispirit.
  3. Ajaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintai tuhan serta melayan semua orang dengan adil dan hidup secara aman damai.
  4. Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkahlakunya didunia. Seseorang kristian yang taat kepada agamanya akan menikmati kehidupan abadi selepas mati manakala seseorang yang berdosa akan menghadapi kesengsaraan abadi.

Ajaran agama Kristian terdapat dalam 2 rukun utama.

  1. Cintailah tuhan dengan seluruh jiwa ragamu.
  2. Cintailah jiran seperti kamu mencintai diri sendiri.

PENGANUT AGAMA KRISTIAN

Hidup dalam dosa menghalang hubungan yang rapat dengan Tuhan, penganut agama Kristian yang masih hidup berdosa tidak akan menikmati hubungan yang rapat dengan Tuhan. Walau bagaimanapun, Kristian akan menang dalam pertempuran dengan dosa ini jika mereka membaca Kitab Injil dan mematuhi firman Tuhan dalam hidup mereka; serta sudi menerima ajaran daripada Roh Kudus; tunduk kepada pengaruh Roh Kudus dan mematuhi ajaran Tuhan melalui Roh Kudus.

Agama Kristian adalah mengenai kepercayaan kepada Kristus yang mati di atas salib untuk membayar dosa kita, dan bangkit semula daripada kematian. Denda dosa kamu telah dibayar dan kamu boleh menikmati hubungan yang rapat dengan Tuhan. Kamu boleh memenangi sifat dosa semulajadi dan berjalan dengan Tuhan dalam keadaan taat-setia. Inilah agama Kristian yang sebenar mengikut ajaran Kitab Injil.


0 Responses

Post a Comment