ILMU PENYULUH JALAN

PENGENALAN

Diasaskan oleh Siddhaarta Gautama.

Dianggap penentangan terhadap brahmin.

Wujuk akibat keyidakadilan kasta dalam agama dan kehidupan serta mencari ketenangan.

Asas ajaran 4 kebenaran mulia dan Jalan 8 lapis

Kegemilangan dalam zaman Asoka

Agama rasmi bagi Dinasti Maurya

KITAB SUCI

Kitab suci agama Buddha yang paling tua yang diketahui hingga sekarang terbagi dalam tiga kelompok besar yang dikenali sebagai

-Vinaya Pitaka

- Sutta Pitaka

- Abhidhamma Pitaka

EMPAT KEBENARAN YANG MULIA

  1. Kehidupan penuh kepahitan
  2. Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu
  3. Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu
  4. Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah cara Jalan Lapan Lapis

JALAN LAPAN LAPIS

Kepercayaan dan pengetahuan yang baik

*Bebas daripada kepercayaan karut

*Memahami diri sendiri dan 4 kebenaran mulia

*Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas

Keinginan yang baik

* Perlu mengambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan yang berjaya

Pengucapan yang baik

*Tidak boleh melakukan gosip , menipu dan mengenakan seseorang

Kelakuan yang baik

*Bertindak secara aman , jujur dan sejati serta tidak membunuh, mencuri dan keterlaluan dalam tuntutan arak dan perhubungan kelamin

Makna kehidupan yang baik

*Perlu mendapatkan kehidupan yang tidak memusnahkan kehidupan lain

Usaha yang baik

*Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin

*Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan

Pemikiran yang baik

*Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan perlakuan orang lain

Pertapaan yang baik

*Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang mendalam dan istimewa

0 Responses

Post a Comment